SINOPSIS KURSUS UMUM BAHARU UNIVERSITI

KLUSTER 1 : PENGHAYATAN FALSAFAH, NILAI DAN SEJARAH
UICI 1012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan: konsep tamadun, objektif, hubungan dengan agama, budaya dan bangsa, ciri-ciri, kelahiran, perkembangan dan keruntuhan, interaksi, persamaan dan perbezaan antara tamadun; Tamadun Islam, konsep, sumber, asas dan matlamat, pandangan semesta, dan ciri-ciri; Tamadun Melayu, sejarah, Islam di Alam Melayu, warisan pra Islam dan kemunculan pandangan semesta Melayu-Islam, pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Melayu, kolonialisme dan sekularisme di Alam Melayu, Tamadun Melayu teras pembinaan Tamadun Malaysia; Tamadun Cina: pandangan semesta dan sistem nilai dalam Tamadun Cina, pengaruh Islam di China; Tamadun India: pandangan semesta dan sistem nilai, pengaruh Islam di India; Isu-isu semasa ketamadunan: hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, alam sekitar, konsep jihad; dialog peradaban: kepentingan dan tujuan, Langkah dan cadangan membentuk dialog peradaban, isu-isu dialog peradaban, persefahaman antara kaum berasaskan tamadun, dialog antara tamadun (Barat, Islam dan Asia), syarat-syarat dialog: Kesefahaman, menghormati perbezaan, berilmu, menjaga adab-adab berdialog, dan tidak menggunakan pendekatan teologi, pendekatan dialog dalam konsep 1Malaysia

UHAS 1172 Dinamika Malaysia

Kursus ini adalah mengenai kemajuan dan perkembangan negara Malaysia dalam konteks pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains sosial, yang meliputi ilmu sosiologi, sains politik, sejarah, hubungan antarabangsa dan isu-isu global. Perbincangan juga menyentuh isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum dalam usaha mewujudkan negara maju dan membentuk masyarakat yang harmoni berdasarkan acuan Malaysia.

ULAM 1012 Bahasa Melayu Komunikasi 2

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih pelajar antarabangsa berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas dalam kehidupan seharian. Pelajar akan diberi pendedahan dengan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu mudah. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis dengan menggunakan ayat mudah secara berkesan.

UHAK 1022 Pengajian Malaysia 3 

Kursus ini direkabentuk untuk pelajar antarabangsa tahun pertama bagi program sarjana muda. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek budaya Malaysia seperti sistem kepercayaan, perayaan agama, adat dan etika pelbagai  golongan bangsa di Malaysia. Mereka juga akan diperkenalkan kepada musik tradisional, seni dan ketukangan Malaysia.

KLUSTER 2 : KEMAHIRAN INSANIAH
 
Kursus Teras Kemahiran Insaniah
UHAK 1012 Atribut Kejayaan Graduan

Kursus ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan atribut kemahiran graduan Universiti Teknologi Malaysia. Kursus ini akan membimbing pelajar membangunkan kemahiran asas komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran kesarjanaan, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kebolehsuaian, kemahiran warga global dan kemahiran berdaya usaha bagi menyediakan mereka kepada amalan dalam konteks sebenar. Dalam kursus ini, pelajar dijangkakan akan mengambil bahagian dalam aktiviti di bilik kuliah dan pembelajaran berasaskan projek yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran yang berkaitan.

Kursus Elektif Kemahiran Insaniah
UHAK 2012 Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu fungsi penting pengurusan yang membantu memaksimumkan kecekapan dan mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, ini merupakan sebab utama mengapa kajian kepimpinan sangat diperlukan, dan ini, dari sudut pandangan praktikal dan teori. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran dalam mempengaruhi tingkah laku pengikut mereka ke arah mencapai matlamat organisasi. Maka, setiap ketua sesebuah organisasi yang berfungsi sebagai pemimpin perlu menggunakan fungsi dan kuasa sebagai pemimpin dengan gaya kepimpinan yang sesuai. Di samping itu, kemahiran komunikasi, tadbir urus etika, dan kemahiran pengurusan konflik sangat penting kepada pemimpin. Oleh itu, kursus ini mengkaji teori dan amalan kepimpinan, dan menekankan perkembangan kepimpinan dan kemahiran interpersonal melalui aktiviti main peranan, pentaksiran analisis kes dan latihan pengalaman.

 

 
UHAK 2022 Pemikiran Kritis dan Kreatif

Kursus ini bertujuan bagi membina kebolehan berfikir aras tinggi serta mampu mengembangkan daya ingin tahu dan dahagakan ilmu, selain dapat menyelesaian sesuatu masalah yang diketahuai secara kreatif dan inovatif dalam situasi yang baru. Kemahiran-kemahiran ini dibina menerusi aktiviti-aktiviti seperti kajian scenario, role-play, perdebatan serta tugasan berkumpulan.

 
UHAK 2032 Aspek Kemanusian Pengurusan Pengetahuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mempersiapkam pelajar untuk mengenali amalan Pengurusan Pengetahuan semasa, dan kepentingan pengetahuan sebagai sumber dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam kursus ini, semua pelajar perlu memahami kedua-dua perspektif soft  dan hard  berkaitan Pengurusan Pengetahuan.  Kursus ini membimbing pelajar dalam membangunkan kemahiran kesarjanaan, kemahiran kebolehsuaian, kemahiran berfikir dan kemahiran komuniksai bagi mempersiapkan diri kepada amalan organisasi sebenar. Dalam kursus ini, pelajar akan dinilai menerusi ulasan artikel, kajian kes, debat kumpulan, dan pembelajaran berasaskan projek yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran berkaitan.

 
UHAK 2042 Pembangunan dan Isu Global

Kursus ini bermatlamat memenuhi keperluan pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan atribut kebolehsuaian dan warga global. Kursus ini memberi penekanan kepada saling ketergantungan politik, ekonomi, sosial dan budaya; serta kesalinghubungan masyarakat setempat, nasional dan global. Dalam kursus ini, pelajar dijangkakan akan mengambil bahagian dalam aktiviti kelas dan pembelajaran berasaskan masalah yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran yang berkaitan. Ia akan melibatkan pelajar untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah dan situasi yang wujud dalam masyarakat. Ia membantu pelajar menjadi warga global yang berswadaya yang memperoleh manfaat daripada pelbagai pengalaman pendidikan. Ini secara beransur-ansur membina kecenderungan yang melahirkan tindakan untuk menaakul secara beretika dan profesional.

 
UHAK 2052 Bimbingan dan Kaunseling

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada asas bimbingan dan kaunseling untuk membantu manusia.  Pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran asas kaunseling yang membolehkan mereka mempunyai nilai tambah adaptabiliti melalui aktiviti dalam kelas, kajian kes dan projek berkumpulan.

 
UHAK 2062 Psikologi Penyesuaian

Kursus ini bertujuan untuk membinan penyesuaian diri dalam menangani cabaran semasa dalam kehidupan seharian. Kursus ini memberi perhatian kepada pendekatan psikologi untuk memahami, mengurus dan merubah kesejahteraan fizikal dan emosi. Hubungan dengan orang lain, persekitaran, dan diri sendiri akan diteroka dan dikaji. Apabila selesai, pelajar berupaya menunjukkan kepekaan terhadap proses penyesuaian. Hasilnya, pelajar dapat menyesuaikan pengetahuan yang diperoleh untuk mengendalikan hidup mereka secara aktif, dan menyesuailan diri secara kreatif dengan dunia yang sentiasa berubah..

 
UHAK 2072 Asas Undang-undang Harta Intelek

Kursus ini memperkenalkan konsep pelbagai harta intelek (IP) yang terdiri daripada hak cipta, cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, rahsia perniagaan dan hakyang berkaitan. Di akhir kursus, pelajar akan dapat menyesuaikan keperluan IP dalam membangunkan produk untuk pengkomersilan. Kursus ini juga akan meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran kebolehsuaian pelajar di mana akan membantu mereka berfungsi secara efektif dalam kerjaya profesional mereka.

 
UHAK 2082 Undang-Undang Usahawan

Kursus ini bertujuan untuk memberi pelajar gambaran umum tentang apa yang perlu diketahui oleh usahawan mengenai situasi perundangan perniagaan di Malaysia. Objektif utama adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan usaha perniagaan mereka dan menangani cabaran dan liabiliti yang wujud. Kursus ini juga akan meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran kebolehsuaian pelajar di mana akan membantu mereka berfungsi secara efektif dalam kerjaya profesional mereka.

 
UHAK 2092 Keusahawanan dan Pembangunan Perniagaan

Kursus ini memperkenalkan konsep dan prinsip keusahawanan dan proses untuk memulakan usaha perniagaan. Pendekatan tiga peringkat digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran kursus : (a) memahami ciri-ciri individu usahawan, (b) menganalisis peluang perniagaan dan membentuk usaha niaga keusahawanan, dan (c) membangunkan satu model perniagaan untuk satu idea usaha niaga. Semasa peringkat pertama, pelajar akan didedahkan kepada konsep dan prinsip keusahawanan dan ciri-ciri individu serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya menguruskan usahaniaga. Kemudian, mereka akan diperkenalkan dengan dan alat untuk menganalisis dan menaksir idea perniagaan dan prosedur untuk memulakan usahaniaga di Malaysia. Akhir sekali, pelajar akan dibimbing melalui setiap peringkat pembangunan model perniagaan dengan menggunakan idea perniagaan sebagai kajian kes. Sebagai tambahan kepada pengajaran dan pembelajaran terbimbing, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti keusahawanan sebenar melalui karnival yang mengandungi ceramah daripada usahawan yang berjaya, bengkel dan aktiviti yang berkaitan dengan keusahawan.

 
UHAK 2102 Keusahawanan Sosial

Kursus ini memberi kefahaman menyeluruh tentang bidang keusahawanan sosial, melalui kuliah yang menggabungkan prinsip keusahawanan yang membolehkan pelajar mengurus usahaniaga bagi mencapai perubahan sosial. Kursus ini juga menggalakkan pelajar untuk terlibat sama dengan usahawan sosial sebenar melalui tugasan dan kerja amali. Daripada kursus ini, pelajar akan memperoleh pengetahuan teori dan praktikal yang luas berkaitan keusahawanan sosial. Penekanan ini akan memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial untuk membina masyarakat yang mampan. Pelajar akan tahu bagaimana usahawan sosial bekerja, cabaran yang dihadapi dan bagaimana cabaran ini dapat dipenuhi.

 
UHAK 2112 Komunikasi Kejuruteraan

Tujuan kursus ini adalah untuk membina kompetensi pelajar dalam komunikasi yang berkiatan dengan jurutera di tempat kerja. Bagi tujuan itu, pelajar didedahkan dengan kemahiran asas dalam komunikasi dengan membawa pelajar melalui proses asas komunikasi. Isi kandungan kursus termasuk kemahiran komunikasi berkaitan dengan bidang teknikal seperti kemahiran interpersonal untuk jurutera, kemahiran menulis, kemahiran mengajar, komunikasi penyeliaan dan kemahiran perundingan.

 
UHAK 2122 Komunikasi Manusia

Tujuan kursus ini adalah untuk membina kompetensi komunikasi pelajar dalam kehidupan dan bekerja. Untuk tujuan itu, pelajar didedahkan dengan kemahiran asas dalam komunikasi melalui proses asas berkomunikasi secara teori dan amali. Kandungan kursus ini merangkumi kemahiran komunikasi berkaitan dengan kehidupan dan pekerjaan seperti kemahiran interpersonal, komunikasi kumpulan, komunikasi awam dan komunikasi antara budaya.

 
UHAK 2132 Etika Profesional

Kursus ini memfokuskan kepada membimbing profesional masa hadapan untuk memahami, sedar, menghargai dan mengamalkan etika kerja profesional dalam kehidupan seharian bukan sahaja dalam konteks setempat malam dalam konteks global. Atribut seperti warga global, profesional masa hadapan mampu untuk mengamalkan sikap dan pendekatan yang beretika semasa membina, menggalakkan dan melaksanakan tertib profesional. Perbincangan akan merangkumi persoalan asas berkaitan etika (moral), teori etika, nilai etika asas, kesedaran etika, prinsip dan fungsi etika, isu etika dalam profesion, kewajipan menyediakan perkhidmatan, kewajipan terhadap pelanggan, analisis secara mendalam isu etika dalam pelbagai bidang seperti sains, pengurusan, perubatan, kejuruteraan, undang-undang, pendidikan dan perniagaan.

 
UHAK 2142 Etika Profesional, Keselamatan dan Kesihatan (Ningen Ryoku)

Kursus ini direka bentuk bagi memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan pengetahuan asas berkaitan prinsip etika, keselamatan dan kesihatan, pelaksanaannya dalam profesion kejuruteraan dan bagi kelestarian pembangunan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia merangkumi kemahiran dan pengetahuan dalam menggalakkan dan mengekalkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Kepentingan memperoleh etika, keselamatan dan kesihatan profesional akan diterokai menerusi aktiviti pembelajaran berasaskan projek, seminar dan sebagainya.

 
KLUSTER 3 : PERLUASAN ILMU
 
Kursus Teras Perluasan Ilmu
UICL 2302 Pemikiran Sains & Teknologi

Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan sains dari sudut konsep, falsafah, sejarah perkembangan, peranan sains dalam kehidupan, pengajian sains menurut pelbagai perspektif, dan metodologi sains; teknologi dari sudut konsep, perbezaan antara sains dan teknologi, dan sejarah perkembangan. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi, sistem nilai, anjakan paradigma, serta etika sains dan teknologi dalam kehidupan bermasyarakat  berteraskan Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara.

Kursus Elektif Perluasan Ilmu
UICL 2012 Al-Qur’an dan Ketamadunan Manusia

Kursus ini direkabentuk bagi membina kemahiran kesarjanaan, kemahiran berfikir bagi melahirkan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan dan berfikir diukur menerusi ujian, peperiksaan dan projek tugasan secara berkumpulan berkaitan Pengenalan al-Quran; al-Quran sebagai sumber ketamadunan dari perspektif politik, ekonomi dan sosial. Kemahiran warga global dicapai menerusi perbincangan terhadap kemajuan pelbagai bidang ketamadunan para nabi serta umat terdahulu serta kajian kes terhadap kisah perbandingan budaya falah dan budaya fasad yang terdapat dalam al-Quran. Pelajar berpeluang menyampaikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari kepada rakan kelas melalui pembentangan dan soal jawab yang dijalankan.

 
UICL 2032 Institusi Kehidupan dan Pembangunan Lestari

Kursus ini digubal untuk mendedahkan pelajar berkaitan pembinaan institusi kehidupan yang diasaskan kepada pembangunan lestari. Skop perbincangan adalah merangkumi pelbagai aspek dan sistem dalam kehidupan manusia.  Ia adalah mencakupi institusi keluarga yang bahagia, institusi sosial yang harmoni, institusi pendidikan berterusan dan berkesan, institusi ekonomi yang mapan, institusi perundangan yang adil, institusi politik yang berwibawa serta pelaksanaan pembangunan yang lestari.   Perbincangan berkisar perkara-perkara dasar akan membina paradigma yang mampu menyelesai isu-isu semasa yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

UICL 2042 Kajian Masa Hadapan

Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global.  Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan jangkaan para pemikir barat dan timur tentang apa yang akan berlaku terutama dalam aspek ketamadunan dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi, perkembangan ilmu, penerusan dan perubahan paradigma pemikiran di Barat dan Timur meliputi zaman klasik hingga pasca moden.  Seterusnya, kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan tanda-tanda pengakhiran alam dan jangkaan kemusnahannya yang ditanggapi oleh Quran dan hadis sebagai bahan perbandingan, serta penyelesaian berkaitan kajian masa hadapan.

 
UICL 2052 Undang-undang Keluarga

Kursus ini menerangkan asas, ciri, dan skop undang-undang keluarga Islam dan sivil di Malaysia. Kursus ini juga menjelaskan konsep dalam undang-undang keluarga mengenai perkahwinan, perceraian, kesahtarafan, anak angkat, penjagaan anak, tanggungan nafkah, serta pembahagian harta, pewarisan, isu pertukaran agama ibu bapa dan isu pembahagian harta pusaka. Pembelajaran ini dilaksanakan dengan kaedah kuliah, perbincangan, pembentangan tugasan, carian kes yang berkaitan dan pembentangan laporan kes-kes tertentu. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui beberapa perbezaan yang wujud antara undang-undang keluarga Islam dan sivil serta pelaksanaannya di Malaysia. Akhir sekali, kursus ini menjelaskan aplikasi undang-undang yang relevan untuk menyelesaikan permasalahan undang-undang keluarga di Malaysia.

UICL 2062 Sains Dunia

Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global.  Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan sains dunia dalam konteks pemikiran dan pencapaian dalam pelbagai bidang.  Pelajar dibimbing supaya memiliki daya pemikiran dalam menanggapi pelbagai bidang meliputi pertanian, perbandaran, tekstil, pengukuran piawai, sistem pengangkutan, hak asasi manusia, syura dan demokrasi, inovasi, matematik, biologi, fizik, kimia, perubatan, astronomi, kejuruteraan, kesusasteraan, dan kesenian. Seterusnya, kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan kesinambungan dan sinergi antara sains dunia sejak tamadun awal hingga masa kini.

UICL 2072 Ekonomi Lestari

Kursus ini direkabentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan, dan kebolehsuaian. Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran berfikir berkenaan sistem ekonomi diukur menerusi ujian dan tugasan. Manakala kemahiran kesarjanaan berkenaan konsep dan sistem ekonomi Islam dan perbezaannya dengan sistem ekonomi konvensional diukur menerusi ujian dan pembentangan. Akhirnya, kebolehsuaian berkenaan Mengemukakan kelestarian institusi-institusi ekonomi Islam dalam konteks kehidupan masyarakat moden diukur menerusi  tugasan dan pembentangan.

UICL 2082 Amalan dan Konsep Pengurusan Halal

Kursus ini direka bentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan konsep asas halal, prinsip-prinsip halal dan haram dalam Islam, aplikasi halal dalam industri, prospek keusahawanan dalam industri halal, undang-undang, pemantauan dan penguatkuasaan halal serta persijilan halal Malaysia. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan isu-isu semasa dalam industri halal merangkumi makanan dan minuman, restoran dan premis makanan, penyembelihan, logistik, farmasi dan kosmetik bagi memberi kefahaman dan mengaplikasi atribut untuk kemahiran graduan UTM.

UICL 2092 Falsafah Kesenian Islam

Kursus ini membincangkan falsafah, konsep, prinsip dan matlamat kesenian, analisa sejarah dan perkembangan kesenian Islam. Turut dibincangkan perbezaan falsafah kesenian Islam dan Barat, kesenian Islam di alam Melayu dan kesenian Islam kontemporari. Aspek-aspek kesenian Islam meliputi seni bina, seni suara dan seni halus juga disentuh. Dibincangkan juga tokoh-tokoh kesenian Islam, peranan serta sumbangan kesenian Islam kepada tamadun dunia disamping aplikasi kesenian dalam kehidupan muslim.

UICL 2102 Islam dan Kesihatan

Kursus ini direka bentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir dan warga global.  Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan konsep kesihatan; manusia dan kesihatan, sihat dan sakit aspek rohani dan jasmani; Tema dan metode umum dalam proses memelihara kesihatan, pencegahan dan rawatan. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global pula diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan klasifikasi penyakit, prinsip-prinsip umum dalam rawatan dan pengubatan; aplikasi amalan kesihatan dan rawatan; terapi penjagaan kesihatan, aturan pemakanan, rawatan penyakit, pengambilan ubatan, bukti saintifik berkaitan penyakit dan rawatan; bio psiko sosio dan spiritual sebagai satu pendekatan rawatan penyakit.

UICL 2132 Keusahawanan Islam

Kursus ini direka bentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan, berdaya usaha, dan kebolehsuaian. Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran berfikir berkenaan konsep keusahawanan Islam dan paradigma keusahawanan menurut perspektif Islam diukur menerusi ujian. Manakala kemahiran kesarjanaan berkenaan nilai, sikap dan motivasi keusahawanan diukur menerusi ujian dan pembentangan. Seterusnya kemahiran berdaya usaha berkenaan konsep asas dalam perniagaan Islam dan kontrak perniagaan diukur menerusi ujian, tugasan, pembentangan, dan projek secara berkumpulan. Akhirnya, kebolehsuaian berkenaan penyelesaian alternatif kepada isu-isu semasa dalam dunia keusahawanan diukur menerusi  tugasan, projek dan pembentangan.

 
KLUSTER 4 : KOKURIKULUM PEMBELAJARAN SERVIS
Teras Badan Beruniform (UKQU)

Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang melibatkan pasukan beruniform seperti :

a)      Badan beruniform yang ditubuhkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

b)      Badan beruniform yang diuruskan oleh agensi kerajaan

 
UKQU 2132 PALAPES Darat III

Kursus ini lebih menekankan kepada prinsip kepimpinan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan latihan berkumpulan. Mahasiswa akan dilatih menjadi seorang ketua, memimpin kumpulannya dalam segala urusan latihan, pentadbiran dan sosial. Selain itu, mahasiswa juga akan di beri latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan.

 
UKQU 2232 PALAPES Laut III

Kursus ini akan memberikan latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan untuk pelajar diserap di bawah Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) apabila tauliah nanti. Pelajar akan didedahkan latihan ketenteraan yang mementingkan elemen disiplin serta kecekalan. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari ilmu kelautan yang dipraktikan oleh kapal-kapal TLDM, disamping teknik berenang dan junaman serta aspek di dalam air akan diberi latihan yang secukupnya.

 
UKQU 2321 SUKSIS II

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ko-kurikulum ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri, etika dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik.

 
UKQU 2332 SUKSIS III

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ko-kurikulum ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik. Kursus ini juga turut diterapkan bersama elemen libatsama komuniti melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dan berkongsi pengetahuan yang diperolehi bersama komuniti di samping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan komuniti program.

 
UKQU 3341 SUKSIS IV

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ko-kurikulum ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri, etika dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik.

 
UKQU 2412 Kelana Siswa

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai latihan kepimpinan, undang-undang dan persetiaan pengakap, sistem berpatrol, istiadat pengakap, ikatan dan simpulan serta kertas projek perintis pengakap, perkhemahan dan pembelajaran servis seperti yang telah ditetapkan dalam Skim Latihan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia.

 
UKQU 2512 Pertahanan Awam (SISPA)

Kursus ini mendedahkan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.

 
UKQU 2521 Pertahanan Awam II

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada ilmu Pertahanan Awam peringkat kemahiran yang meliputi menyelamat, pertolongan cemas dan melawan kebakaran. Skop menyelamat meliputi penggunaan peralatan ascending and descending (A&D ), Kegunaan Power Cutter dan Alat Hidraulik. Skop melawan kebakaran termasuk pengenalan peralatan kebombaan dan Peralatan Kebombaan (Hydran & Pam Mudah Alih). Manakala skop pertolongan cemas termasuk pengenalan kepada peralatan dan penggunaan peralatan dalam ambulan dan Peralatan Basic Trauma & Life Support (BTLS).

 
UKQU 3531 Pertahanan Awam III

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada ilmu Pertahanan Awam peringkat kemahiran lanjutan. Ini merangkumi mengenai khidmat kecemasan 999 APM, kaedah pengurusan pasukan, pengenalan pengurusan bencana-MKN 20, etiket dan protokol kecemasan, pengucapan awam dan Pelan Integriti Nasional (PIN).

 
UKQU 2612 Pertolongan Cemas

Kursus ini melatih dan memberikan pengetahuan dalam melakukan pertolongan cemas dengan cara yang betul apabila berlaku sesuatu kejadian di samping mengenal pasti punca kejadian untuk menyelamatkan nyawa.

 
Teras Akademik dan Profesional (UKQA)

Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh persatuan mahasiswa yang berteraskan kepada bidang profesional dan kepakaran khusus. Ini melibatkan pertubuhan, persatuan dan kelab mahasiswa yang menjalankan aktiviti pengayaan pengetahuan, kemahiran inovasi dan pembinaan kerjaya.

 
UKQA 2012 Inovasi dan Komuniti

Kursus ini memberikan tumpuan kepada merangsang pemikiran kreatif dan inovatif individu dan pasukan mahasiswa. Kursus ini menggalakkan ciptaan dan inovasi yang merangkumi konsep, dan amalan yang berpusat kepada pemikiran teknologi.

 
UKQA 2022 Media Digital dan Komuniti

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan dengan asas media digital dan teknologi serta cara menggunakan perisian tertentu untuk membangunkan pelantar sumber informasi dalam bentuk digital yang berguna terhadap komuniti.

 
UKQA 2032 Simenfero

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai prinsip-prinsip asas membuat perhiasan simen (simenfero). Selain itu, mahasiswa mendapat pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam berinteraksi, berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling sewaktu melakukan kerja berkumpulan.

 
UKQA 2042 Khidmat Jaringan Geokomuniti

Kursus ini merupakan satu program khidmat perundingan oleh mahasiswa kepada komuniti untuk membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan Geo-komuniti (berkaitan dengan maklumat tanah yang merangkumi perihal tanah) di sesuatu kawasan.

 
UKQA 2052 Keselamatan Elektrik

Kursus ini menggalakkan perkongsian kemahiran, pengetahuan atau pengalaman antara mahasiswa dengan masyarakat khusus mengenai topik keselamatan elektrik setiap hari.

 
UKQA 2062 Penzahiran Minda Melalui Mekatronik

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi mekatronik dan robotik kepada pelajar-pelajar sekolah/matrikulasi melalui kerja amali dan aktiviti pertandingan. Kursus ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian ilmu antara mahasiswa dengan pelajar sekolah dan pemindahan teknologi antara mereka.

 
UKQA 2072 Perkhidmatan ICT dan Komuniti

Kursus ini memberikan pendedahan tentang pengetahuan ICT dari aspek teori dan teknikal yang akan membantu memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam menguasai ilmu ICT.

 
UKQA 2082 Kraf Kayu

Kursus ini memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang asas-asas berhubung kraf kayu. Pelajar adalah diharapkan dapat menggabungkan penghasilan produk gunaan dengan menggarapkan inovasi dan menggabungkan elemen-elemen ukiran tradisi maupun moden. Pelajar adalah diharapkan dapat membangunkan kemahiran kesarjanaan, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan warga global. Kursus ini juga menerapkan “experiental learning” melalui program pembelajaran servis.

 
UKQA 2092 Sains dan Komuniti

Kursus “Sains dan Komuniti” merupakan satu platform kepada pelajar untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti dengan mengaplikasi ilmu sains yang dipelajari dalam memenuhi keperluan semasa sesebuah komuniti. Berdasarkan kepada kajian kepada keperluan atau isu semasa di sesebuah komuniti yang dipilih, pelajar akan mengaplikasikan elemen sains bersama komuniti tersebut dalam memenuhi keperluan untuk menyelesaikan isu semasa tersebut. Bergantung kepada keupayaan tenaga dan pemikiran kritis dan inovatif pelajar, keberhasilan boleh ditunjukkan dalam bentuk penyampaian ilmu yang boleh dipraktikan atau dalam bentuk sumbangan teknologi sains yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti tersebut. Di akhir sesi, pembangunan kendiri pelajar diharapkan akan dapat dibentuk dalam melahirkan graduan UTM yang holistik dan berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

 
UKQA 2102 Kemahiran Pertanian

Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Pembelajaran sepanjang hayat diukur melalui pertambahan pengetahuan tentang kemahiran asas dalam pertanian (Teori) dan memberi pengalaman kepada mereka dalam pembiakan tanaman, pengurusan tapak semaian dan penyelenggaraan tanaman sayuran di atas tanah (Amali/Teknikal). Pelajar juga akan didedahkan kepada proses tanaman secara hidroponik dan fertigasi disamping teknologi pertanian moden yang lain. Selain daripada itu kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dalam aspek kerjasama dan juga pendedahan kepada kefahaman keusahawanan dalam bidang pertanian. Melalui kaedah pembelajaran servis pula, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan asas pertanian mereka dalam usaha membantu komuniti setempat disamping mempelajari kemahiran bermasyarakat serta menerapkan etika dan profesionalisme sepanjang pelaksanaan program tersebut. Disamping itu juga, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan menjayakan program tersebut.

 
UKQA 2112 Literasi STEM

Kursus  Literasi STEM (Sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik) akan mendedahkan pelajar kepada disiplin STEM, merangka aktiviti STEM dan menjalankan aktiviti STEM untuk mencetuskan semula minat terhadap sains dan matematik dalam masyarakat. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahakan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan STEM untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan STEM dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.

 

 
UKQA 2122 Teknologi Hortikultur Hiasan

Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan,kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan yang ditetapkan di dalam kursus ini. Pembelajaran sepanjang hayat akan diukur melalui pengembangan ilmu berkenaan teknologi hortikultur hiasan dari aspek teori khususnya berkenaan pengenalan dan perkembangan pertanian serta landskap di Malaysia. Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan juga diukur melalui projek teknikal  berkenaan amali pembiakan dan pengurusan tanaman secara berkumpulan. Akhir sekali, kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Projek dalam pembelajaran servis ini bukan sahaja akan membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan, malahan menerapkan kemahiran adaptability, etika dan profesionalisme semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar lain dan komuniti.

 
UKQA 2132 Kraftangan

Kursus ini memberi pendedahan tentang kemahiran seni kraftangan tekstil (Batik) dari aspek teori (Pengenalan dan Perkembangan Batik di Malaysia) dan teknikal (Amali Pembuatan Batik Canting). Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan. Kemahiran seni kraftangan tekstil batik dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda kreatif pelajar.  Pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk merekacipta sesuatu rekaan seni, mengaplikasi rekaan dan menghasilkan produk seni melalui idea yang kreatif. Kursus ini boleh diterapkan bersama elemen libatsama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan seni kraftangan untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan seni kraftangan dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi.

 
UKQA 2142 Khidmat Katering

Kursus ini bertujuan memberi kemahiran asas kepada pelajar dalam bidang operasi katering. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek penyediaan makanan, etika meja (table etiquette), dan juga perkhidmatan katering. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan menggilap potensi pelajar secara holistik menerusi kerja berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan menerusi jaringan kerjasama dengan bebagai pihak dalam perkhidmatan katering untuk diaplikasi dalam pembangunan komuniti.

 
UKQA 2152 Reka Cipta Fesyen

Kursus ini memberikan pengetahuan asas kepada para mahasiswa tentang fungsi pakaian, faktor mempengaruhi pemilihan pakaian. Kerjaya dalam bidang jahitan dan industri pakaian turut diberi pendedahan awal. Kursus ini juga diharapkan dapat memberi gambaran tentang bidang jahitan sebagai suatu kerjaya sambilan atau sepenuh masa yang mendatangkan keuntungan di samping memupuk minat dalam bidang tersebut dan sikap sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan fesyen untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan fesyen dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukkan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.

 
UKQA 2162 Perkhidmatan Fotokreatif

Kursus ini memberi pendedahan tentang kemahiran fotografi dari aspek teori dan teknikal. Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan. Kemahiran fotografi dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda pelajar. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahakan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, kursus atau lain-lain berkaitan fotografi untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan fotografi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.

 
UKQA 2172 Inovasi Bioproses

Bioproses merupakan proses menggunakan oragnisma hidup atau komponennya seperti enzim, sel atau tisu bagi memperoleh produk yang dikehendaki. Kursus ini memperkenalkan dan memberi penekanan beberapa bioproses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Pemahaman tentang prinsip setiap bioproses adalah penting bagi meningkatkan kualiti proses serta mengoptimumkan penggunaan sumber dan tenaga.

Kursus ini membolehkan pelajar mempelajari bidang yang berkaitan dengan aplikasi dalam bioproses setelah tamat pengajian, atau sekurang-kurangnya bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat.

Kursus ini menekankan kepentingan projek berkumpulan dan perbincangan bagi membudayakan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Semagat ini dipercayai mampu menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan, bagi menganalisis data secara kritis dan menyampaikan maklumat secara berkesan bagi penambaikan dan/ atau penyelesaian masalah.

 
UKQA 2182 Astronomi

Kursus ini memberi pendedahan tentang kepentingan astronomi dalam kehidupan dari aspek teori (Pengenalan dan Perkembangan Astronomi di Malaysia) dan teknikal (Amali Pengendalian Teleskop, Penandaan Arah dan Jam Matahari). Asas ilmu astronomi ini akan dipelajari oleh pelajar menerusi perbincangan dan latihan praktikal latihan yang ditetapkan. Kemahiran pengendalian teleskop dan jam matahari dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda kreatif pelajar.  Pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk melakukan cerapan matahari, bintang dan planet. Kursus ini boleh diterapkan bersama elemen libatsama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan astronomi dalam kehidupan untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan astronomi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengalaman secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.

 
UKQA 2202 Tenaga Kerja Digital

Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran keusahawanan dengan melakukan kerja digital melalui kaedah crowdsourcing. Kursus ini membina kemahiran bekerja digital secara berkumpulan dan kepimpinan, kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan yang ditetapkan di dalam kursus ini. Pembelajaran sepanjang hayat akan diukur melalui pengembangan ilmu berkenaan kaedah crowdsourcing dari aspek teori khususnya berkenaan kaedah pendapatan secara digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan juga diukur melalui projek kajian tinjauan dan outreach berkenaan amali pendapatan kerja secara digital melalui platform online kepada masyarakat. Akhir sekali, kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Projek dalam pembelajaran servis ini bukan sahaja akan membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan, malahan menerapkan kemahiran keusahawanan, adaptability, etika dan profesionalisme semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar lain dan komuniti.

 
UKQA 2212 Kewartawanan Video

Kursus ini memberi tumpuan kepada teori dan amalan penghasilan kewartawanan video. Matlamat utama kursus ini adalah untuk menjadi asas kepada penerokaan seterusnya dalam karya seni video digital dan penceritaan bagi kewartawanan video. Ini termasuk merancang, membuat penggambaran, menyunting dan memuat naik cerita video untuk halaman web menggunakan kamera dan telefon dan bagaimana menggabungkan audio dan video komponenvisual bagi menyampaikan sesebuah cerita. Ia memberi penekanan kepada penceritaan digital. Kewartawanan video boleh digunakan secara berkesan untuk menarik perhatian penonton ke dalam cerita anda dan menarik perhatian mereka dengan cepat dan cekap dengan teknik video yang profesional. Pelajar juga diharapkan dapat mempelajari istilah penghasilan video dan sinematografi serta menggunakan istilah ini dengan cekap. Pelajar juga akan dibimbing menerusi proses pra penerbitan seperti menulis skrip dan papan cerita serta pasca penerbitan untuk menyusun kerja mereja menjadi produk kewartawanan video akhir.

 
UKQA 2222 Media Sosial dan Penjenamaan

Kursus memberi perhatian terhadap teori dan amalan dalam media sosial dan penjenamaa. Matlamat utama kursus ini adalah untuk menjadi asas kepada penerokaan seterusnya dalam media sosial dan penjenamaan. Pelajar akan mempelajari bagaimana menguruskan jenama mereka sama ada jenama sendiri atau jenama perniagaan di media sosial dan bagaimana menghasilkan strategi media sosial. Pelajar akan mempelajari pelbagai kerangka teori ke arah strategi media sosial yang optimum dalam industri tertentu menerusi perbincangan dan kajian kes. Tajuk utama kursus ini termasuklah kepentingan strategi penjenamaan dan pengiklanan media sosiak, manafaat mendengar pengguna media sosial sebagai platform hubungan pengguna baharu dan menyelaraskan objektif dan matlamat institusi.

 
UKQA 2232 Teknologi Dron

Seiring dengan perkembangan revolusi industri 4.0 dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh negara kita, maka kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan para mahasiswa UTM dengan pemahaman dan kemahiran berkaitan dron. Pelajar akan didedahkan secara teknikal kepada teknologi dron dan penggunaannya dalam membantu menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan, kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan dan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di dalam kursus ini.

Kemahiran bekerja secara berkumpulan, kepimpinan dan kesarjanaan diukur melalui projek hands-on dalam pembinaan dan pengaturcaraan dron di mana pelajar perlu memasang dan membina sebuah dron yang dapat berfungsi dengan baik. Kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Semua ini akan dilakukan dengan mengikuti peraturan dan etika professional yang perlu diamalkan ketika mengendalikan pembelajaran servis dan dron bagi memastikan aspek keselamatan terjaga.

 
Teras Kesukarelawanan (UKQR)

Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh persatuan, mahasiswa yang berteraskan kepada aktiviti khidmat sukarela, keperihatinan sosial, pembangunan masyarakat, kepimpinan dan pembangunan modal insan. Ini melibatkan pertubuhan, persatuan dan kelab mahasiswa yang menjalankan aktiviti yang cenderung kepada memberi sumbangan terhadap pembangunan sosial masyarakat.

 
UKQR 2012 Kepimpinan dan Komuniti

Kursus ini memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai prinsip- prinsip kepimpinan dalam mengurus aktiviti kemasyarakatan melalui kegiatan kelab dan persatuan.

 
UKQR 2022 Budi Penyayang

Kursus ini akan mendedahkan mahasiswa dengan program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran. Mahasiswa juga akan diajar mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program.

 
UKQR 2032 Sains Kesukarelawan

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengetahuan asas sains kesukarelawanan dan pelaksanaan terhadap aktiviti kesukarelawanan serta takrifan kesukarelawanan, persiapan diri, isu keselamatan dan kesihatan serta pembangunan mental dan semangat sukarela.

 
UKQR 2042 Pengurusan Bencana

Kursus ini memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan takrifan pengurusan bencana, persiapan diri, isu keselamatan dan kesihatan, persiapan mental dan fizikal.

 
UKQR 2052 Pembangunan Belia

Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan belia di Malaysia yang meliputi Dasar dan Konsep Umum berkaitan Pembangunan Belia, Pembangunan Pergerakan Belia Malaysia dan Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah.

 
UKQR 2062 Komuniti Lestari

Kursus ini merupakan satu program perkhidmatan komuniti selama tiga hari di kampung yang dipilih menjadi teras program. Mahasiswa akan diberi pengenalan asas dalam teori matematik dan aplikasinya dalam aktiviti kehidupan/masalah sebenar.

 
UKQR 2072 UTM Belajar dan Berkhidmat

Kursus ini memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kemahiran belajar (membaca, mengira dan menulis) dan isu-isu sosial dalam pembangunan motivasi diri untuk mencapai kejayaan serta mahasiswa dapat berkongsi pengetahuan dengan komuniti.

 
UKQR 2082 Pembangunan Karakter dan Etika Sosial

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kepentingan etika dan protokol dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga, mahasiswa akan dididik untuk mengamalkan teknik atau amalan yang betul dalam protokal. Mahasiswa akan diajar dalam bentuk amali iaitu dengan berhadapan dengan situasi sebenar.

 
UKQR 2092 Pendidikan Lestari dalam Komuniti

Kursus ini menggabungkan aktiviti dan projek khidmat komuniti berkaitan konsep lestari dalam kehidupan seharian yang melibatkan aktiviti mahasiswa dalam memberi pendidikan dan kemahiran mengaplikasikan konsep lestari kepada komuniti.

 
UKQR 2102 Pendidikan Pencegahan Dadah

Kursus ini membincangkan pengetahuan asas Pendidikan Pencegahan Dadah dalam konsep HIDUP PENUH ERTI yang merangkumi aspek-aspek keselamatan, kesihatan, pergaulan dan perundangan  khususnya pengetahuan pendidikan pencegahan dadah, jenis-jenis dadah, kesan/akibat pengambilan najis dadah kepada manusia, penguatkuasaan undang-undang, profil seorang penagih dan bekas penagih, proses pemulihan/rawatan dan pelaksanaan terhadap aktiviti pendidikan pencegahan dan penerangan . Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan takrifan gejala sosial, persiapan diri, isu keselamatan dan kesihatan, serta pembangunan mental.

Kursus ini dijalankan dengan pendekatan pembelajaran servis yang mana pelajar perlu mempraktikan pengetahuan pendidikan pencegahan dadah dengan menjalankan projek pembangunan komuniti dalam skop yang bersesuaian. Disamping itu, pelajar perlu mempamerkan kemahiran boleh berkomunikasi dengan baik dan pengucapan awam semasa kerja secara berpasukan dalam melaksanakan sesuatu projek sukarelawan dan khidmat komuniti. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan memberi maklum balas kepada isu komuniti setempat. Pelajar juga boleh memberi maklumat kepada masyarakat di luar tentang bahaya najis dadah melalui edaran flyers, ceramah dan sebagainya dengan mengadakan projek khidmat komuniti bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 
UKQR 2112 Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran bekerja secara berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui pembelajaran pengurusan masjid dan pembangunan komuniti. Pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi pengurusan diri dan kepimpinan dalam masyarakat; organisasi masjid dan pengurusan kewangan;. Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan melalui projek khidmat komuniti berkenaan pengurusan aktiviti masjid meliputi pengurusan imam bilal, pengurusan jenazah, penyembelihan korban dan akikah, serta majlis-majlis rasmi Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Projek dalam pembelajaran servis ini akan dapat membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan juga menerapkan etika dan professional semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar dan komuniti.

 
UKQR 2122 Penyelanggaraan Kenderaan Automotif

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar berkaitan Asas Penyelenggaraan Kenderaan. Kursus ini meliputi pengenalan kepada sistem-sistem penting, penyelenggaraan & servis berkala juga mengenalpasti dan membaiki kerosakan. Pelajar turut akan didedahkan kepada kaedah Pemanduan Berhemah dan Selamat (Self Defense Driving) yang dapat mengurangkan risiko kemalangan & kerosakan kenderaan serta mengelakkan penipuan di pusat-pusat servis kenderaan. Selain itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar berkenaan kepentingan sikap kerjasama, kebolehan komunikasi dan pendedahan kepada kefahaman keusahawanan berkaitan untuk menafaat komuniti.

 
UKQR 2132 Eksplorasi Maklumat

Kursus ini memberi pendedahan terhadap kemahiran dan pengetahuan pencarian maklumat yang meliputi pelbagai sumber bahan cetak dan bahan elektronik. Ia meliputi aspek teori (Pengenalan dan Kaedah Pencarian Maklumat) dan teknikal (Amali Pemprosesan dan Pengurusan Bahan di Perpustakaan). Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan. Kemahiran pencarian maklumat ini membina kemahiran pelajar untuk lebih efektif dan sistematik dalam pencarian maklumat dan bahan yang meliputi bahan cetak dan bahan elektronik yang disediakan di perpustakaan bagi proses pembelajaran pelajar secara amnya.  Pelajar juga dapat menerapkan budaya pendidikan sepanjang hayat serta membina keyakinan diri dalam memperoleh ilmu dan maklumat. Kursus ini digabungkan bersama elemen libatsama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain aktiviti yang berkaitan berkaitan dengan kursus ini untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan mereka dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan kemahiran komunikasi melalui     pelaksanaan program. Di akhir kursus, pelajar dijangka dapat memperolehi  pengalaman mengurus aktiviti berkaitan subjek seterusnya mengaplikaskannya bagi membimbing komuniti setempat.

 
UKQR 2142 Cerdik Kewangan

Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan, kemahiran kebolehsuaian, kesarjanaan dan warga global pelajar. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan yang ditetapkan di dalam kursus ini. Kesarjanaan pelajar akan diukur melalui pengembangan ilmu berkenaan konsep asas dan matlamat kewangan peribadi merangkumi pengurusan risiko kewangan individu, perancangan cukai dan zakat individu.

Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan juga diukur melalui projek praktikal dalam merangka matlamat kewangan peribadi dan kajian kes kedudukan dan matlamat kewangan individu lain serta penganjuran beberapa program masyarakat seperti Seminar Perancangan Kewangan, Seminar Perancangan Kewangan Persaraan, dan Seminar Asas Pelaburan.

Akhir sekali, kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui program-program yang akan dijalankan tersebut. Projek dalam pembelajaran servis ini bukan sahaja akan membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan, malahan menerapkan kemahiran kebolehsuaiandanwarga global yang professional semasa menjalankan aktiviti bersama rakan dan komuniti.

 
Teras Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (UKQS)

Merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pelajar berdasarkan kepada aktiviti kesukanan, rekreasi dan kebudayaan serta keagamaan.

UKQS 2012 Badminton

Kursus ini memperkenalkan kepada mahasiswa cara bermain badminton dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain badminton serta melibatkan mahasiswa dengan latihan bermain dan menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan.

UKQS 2022 Bola Sepak

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang sejarah bola sepak, peraturan dan undang-undang, peralatan dan pakaian permainan ini, aspek-aspek kecergasan, regangan dan kemahiran yang meliputi teknik, taktik, teori serta amali permainan bola sepak.

 
UKQS 2032 Bola Tampar

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai pengetahuan asas, teknik, peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan bola tampar anjuran dalaman atau pihak luar.

 
UKQS 2042 Futsal

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang teknik-teknik kemahiran asas permainan, undang-undang permainan, strategi-strategi dan prinsip asas permainan futsal.

 
UKQS 2052 Orienteering

Kursus ini akan membentuk mahasiswa berkemahiran tinggi dalam penggunaan peta dan kompas di samping dapat meningkatkan tahap fizikal dan mental dalam aktiviti lasak.

 
UKQS 2062 Ping Pong

Kursus ini memperkenalkan kepada mahasiswa tentang permainan ping pong dengan memfokuskan kepada asas-asas permainan, peraturan-peraturan dan undang-undang permainan, menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan kecil.

 
UKQS 2072 Sepak Takraw

Kursus ini memperkenalkan kepada mahasiswa cara bermain sepak takraw dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain sepak takraw, undang-undang permainan sepak takraw, serta melibatkan mahasiswa dengan latihan bermain dan menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan kecil dan juga menyertainya.

 
UKQS 2082 Treking

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa akan prinsip-prinsip kegiatan “outdoor adventure”, kemahiran kepada pergerakan di hutan serta menerapkan kemahiran berdikari hidup di dalam hutan.

 
UKQS 2092 Memanah

Kursus ini menekankan kepada mahasiswa tentang undang-undang dan peraturan permainan sukan memanah. Mahasiswa juga diberikan tumpuan tentang kemahiran-kemahiran asas sukan memanah khususnya dari segi teknik yang betul serta pendedahan penganjuran mini kejohanan.

 
UKQS 2102 Iqra’

Kursus ini mendedahkan kepada mahasiswa cara mempelajari al-Quran dengan cara yang mudah dan cepat dengan membaca modul iqra’ dengan lancar mengikut kaedah Iqra’ dan mengaplikasikan tanda-tanda bacaan rasmi Uthmani dalam cara bacaan al-Quran.

 
UKQS 2112 Teater

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa ciri-ciri kebajikan melalui lakonan, mengelolakan satu pasukan/kumpulan yang berkesan melalui penyediaan dan pelaksanaan sesuatu lakonan atau skrip serta berupaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan sebelum dan semasa di atas pentas.

 
UKQS 2162 Ragbi

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang konsep dan permainan asas ragbi, mengetahui cara memimpin kumpulan dan bekerjasama dalam satu kumpulan serta menggalakkan aktiviti yang diceburi sebagai satu gaya hidup sihat.

 
UKQS 2172 Bela Diri

Kursus ini menyediakan platform untuk mengintegrasikan pengetahuan mengenai konsep dan model kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan etika melalui seni mempertahankan diri.

 
UKQS 2182 Renang

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada mahasiswa akan pengenalan dan sejarah ringkas sukan renang, pakaian dan peralatan renang, teknik-teknik pernafasan dan pergerakan renang.

 
UKQS 2192 Tenpin Boling

Kursus ini memberikan pemahaman asas mengenai subjek tenpin boling untuk mahasiswa yang melibatkan kemahiran asas tenpin boling yang berhubung dengan pembelajaran servis.

 
UKQS 2202 Tenis

Kursus ini mendedahkan pelajar-pelajar tentang asas kemahiran, peraturan, permainan dan penganjuran program berkaitan sukan tenis. Menerusi pembelajaran yang dilalui dari kuliah dan amali, pelajar-pelajar perlu mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam program-program bersama komuniti seperti bengkel, klinik dan penganjuran pertandingan. Secara langsung, kursus ini memberi galakan dan penekanan kepada pembentukan keupayaan pelajar melaksanakan kemahiran secara berterusan, etika, kepimpinan dan sikap kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugas.

 
UKQS 2212 Golf

Pelajar akan mempunyai peluang untuk membangunkan kemahiran golf asas melalui kuliah, demonstrasi, latihan dan penilaian kecekapan. Pelajar juga akan mendapat pengetahuan tentang etiket golf dan bidang lain yang berkaitan dengan permainan golf.

 
UKQS 2222 Silat Gayung

Silat Gayung ini akan memberikan penumpuan di dalam membentuk dan melentur serta mendidik pelajar supaya memiliki ketahanan fizikal yang maksimum. Memanfaat senjata asli pada anggota badan untuk membela diri dan serangbela. Meningkatkan stamina, kepantasan dan kemahiran. Memupuk serta memurnikan jasmani, emosi, rohani, interlektual dan sahsiah.

 
KLUSTER 5 : KEMAHIRAN BAHASA
Kursus Teras Kemahiran Bahasa
ULAB 1122 Academic English Skills

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan kemahiran akademik asas melalui pendekatan membaca-kepada-menulis. Ia memfokuskan kepada pembangunan keupayaan pelajar untuk membaca teks dan membina kemahiran reseptif dan kemahiran produktif melalui aktiviti berpusatkan pelajar. Ini merangkumi membaca teks akademik, membuat nota, dan menulis secara jelas dan koheren, dan mengambil bahagian dalam perbincangan. Aktiviti pengayaan tatabahasa juga diganungkan ke dalam semua kemahiran. Di akhir kursus, pelajar akan dapt mengaplikasi kemahiran yang diperoleh dalam aktiviti akademik.

ULAB 2122 Advanced Academic English Skills

Kursus ini memperkukuhkan dan meningkatkan kesemua empat kemahiran bahasa utama bagi membantu penggunaan bahasa pelajar dalam konteks akademik. Ini merangkumi membaca dan mensintesis maklumat, mendengar idea dan isi penting (cth. kuliah), mengambil nota, menulis secara jelas dan koheren, dan melibatkan diri dalam pembentangan lisan dan perbincangan kelas. Kursus ini menggabungkan ciri-ciri perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Inggeris akademik. Di samping itu, kursus ini menggalakkan akktiviti pembelajaran bebas yang dibantu dengan sumber atas talian. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya mengintegrasikan kemahiran dan pengetahuan bagi melaksanakan tugasan dalam konteks akademik.

ULAB 3162 English for Professional Purpose

Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran komunikasi berkesan yang diperlukan bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam situasi sebenar tempat kerja. Di awal kursus, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan pembudayaan bagi mengenal pasti potensi dan jangkaan mereka terhadap persekitaran tempat kerja pada masa hadapan. Melalui pembelajaran aktif, ia menekankan kepada kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang diamalkan di persekitaran tempat kerja. Menggunakan senario tempat kerja yang autentik, pelajar akan diberikan peluang untuk berunding dan membentangkan maklumat melalui perbincangan dan pembentangan berkumpulan. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya berfungsi sebagai individu dan ahli kumpulan menggunakan kemahiran komunikasi yang sesuai di tempat kerja.

 
Kursus Elektif Kemahiran Bahasa
ULAA 1112 Bahasa Arab

Kursus ini direkabentuk bagi membina pengetahuan, pengaplikasian, serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan yang dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan bagi mencapai hasil pembelajaran kursus merangkumi kebolehan mengenalpasti beberapa istilah nahu dan sarf Arab serta fungsinya Arab, menganalisis struktur ayat dan penggunaan perkataan Arab melalui kaedah yang betul, dan seterusnya mengaplikasikan pengolahan bentuk al-ism dan al-fi‘l dalam kepelbagaian makna bagi setiap pola yang diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir. Manakala kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan diukur menerusi penyediaan tugasan dan pembentangan berkaitan nahu yang terdiri daripada; Marfu‘at al-Asma’ yang merangkumi al-Mubtada’, al-Khabar, Ism Kana wa Akhawatuha, Khabar Inna wa Akhawatuha, al-Fa‘il, Na’ib al-Fa‘il dan al-Tawabi‘; Mansubat al-Asma’meliputi Khabar Kana wa Akhawatuha, Ism Inna wa Akhawatuha, al-Maf‘ul bih, al-Maf‘ul al-Mutlaq, al-Maf‘ul li Ajlih, al-Maf‘ul Fih, al-Maf‘ul Ma‘ah, al-Hal, al-Mustathna’, al-Munada, dan al-Tamyiz; Majrurat al-Asma’ meliputi Harf Jarr, al-Idafah, dan al-Tawabi‘. Manakala kemahiran dalam ilmu Sarf merangkumi tajuk al-Mizan al-Sarfiyy; pembahagian ism kepada al-Ism al-Sahih, al-Ism ghair al- Sahih al-Akhir; al-Nakirah dan al-Ma‘rifah; al-Jamid wa al-Mutasarrif; Mufrad, Muthanna, dan Jama‘; pembahagian al-Fi‘l kepada: al-Sahih wa al-Mu‘tall, al-Fi‘l al-Lazim wa al-Fi‘l al- Muta‘addi, al-Fi‘l al-Mujarrad wa al-Mazid, al-Fi’l al-Madi, al-Mudari‘ dan al-Amr, al-Fi‘l al-Mabni li al-Ma‘lum wa al-Mabni li al-Majhul; kaedah penulisan al-Hamzah, al-I‘lal dan al-Ibdal, al-Tasghir, dan al-Nasb.

ULAC 1112 Bahasa Mandarin I

Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan kemahiran asas bahasa Mandarin iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan bantuan pinyin. Pelajar akan berupaya menyebut perkataan dalam Madarin dengan nada yang betul. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan menulis aksara mudah bahasa Mandarin dan bertutur bahasa Mandarin asas.

ULAF 1112 Bahasa Perancis

Kursus ini memperkenalkan kemahiran asas membaca dan memahami, bertutur, mendengar dan menulis dalam bahasa Perancis dengan perbendaharaan kata asas. Pelajar akan berlatih sebutan dan intonasi bahasa Perancis dengan betul. Beberapa aspek negara Perancis, seperti budaya dan tradisi juga akan diperkenalkan. Pelajar harus berupaya membaca dan menulis teks mudah dalam bahasa Perancis dan melibatkan diri dalam perbualan mudah berkaitan topik umum. Elemen budaya akan digabungkan dalam setiap pengajaran.

ULAJ 1112 Bahasa Jepun

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas Bahasa Jepun. Elemen asas tatabahasa akan digabungkan dalam kursus ini dan dipersembahkan menggunakan formula Y3K yang terdiri daripada Yomi (Membaca), Kaki (Menulis), Hiragana, Kiku (Mendengar) dan Kaiwa (bertutur). Pelajar akan dilengkapkan dengan isi kandungan yang menyediakan pelajar ke arah JLPT N5. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya membaca dan menulis Hiragama dan menggunakan Bahasa Jepun untuk perbualan mudah setiap hari. Kursus ini merupakan prasyarat kepada Bahasa Jepun II.

 
ULAJ 1122 Bahasa Jepun Komunikasi I

Kursus ini direkabentuk untuk memperkenalkan asas Bahasa Jepun menerusi empat kemahiran bahasa iaitu perbualan, menulis, membaca dan mendengar. Pelajar akan memperoleh Hiragana dan Katakana. Asas tatabahasa Bahasa Jepun akan diperkenalkan melalui latihan komunikasi lisan yang intensif. Di akhir kursus, pelajar seharusnya berupaya untuk membaca dan menulis karakter Kana dan terlibat dalam perbualan mudah.

 
ULAM 1112 Bahasa Malaysia Komunikasi

Kursus ini adalah untuk pelajar prasiswazah antarabangsa daripada latar belakang pertuturan bukan Melayu. Kursus ini memberi fokus kepada aspek komunikasi bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Penekanan adalah terhadap komunikasi lisan dalam pelbagai situasi untuk membolehkan pelajar berinteraksi dan bersosial dengan masyarakat setempat

 
ULAN 1112 Bahasa Parsi

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada bahasa Parsi, ejaan dan perkataan, asas perbendaharaan kata, membaca cerita pendek dan teks separa akademik, membangunkan frasa dan ayat mudah melalui latihan penulisan dan pembacaan.

 
KLUSTER 6 : KEUSAHAWANAN
 
UHAK 1032 Asas Keusahawanan

Kursus ini memperkenalkan konsep dan prinsipal keusahawanan dan proses memulakan usaha perniagaan. Pendekatan tiga peringkat digunakan bagi mencapai hasil pembelajaran kurusu : (a) memahami ciri-ciri individu seorang usahawan, (b) menganalisis peluang perniagaan  dan membentuk usaha keusahawanan, dan (c) membangunkan satu model perniagaan untuk idea usaha baharu. Semasa peringkat pertama, pelajar akan didedahkan dengan konsep dan prinsip keusahawanan dan ciri-ciri individu serta kemahiran diperlukan untuk berjaya dalam mengurus usaha perniagaan. Setelah itu, mereka akan diperkenalkan denhan teknik dan peralatan untuk menganalisis dan mentaksir idea perniagaan dan prosedur untuk mendirikan usaha perniagaan di Malaysia. Akhirnya, mereka akan dibimbing melalui semua peringkat pembangunan model perniagaan menggunakan idea perniagaan mereka sebagai kajian kes. Sebagai tambahan kepada pengajaran dan pembelajaran terbimbing, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti keusahawanan sebenar melalui karnival yang mengandungi ceramah daripada usahawan yang berjaya, bengkel dan aktiviti yang berkaitan dengan keusahawan.