U3. KLUSTER PERLUASAN ILMU
Pemikiran Sains & Teknologi
About Course
Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan sains dari sudut konsep, falsafah, sejarah perkembangan, peranan sains dalam kehidupan, pengajian sains menurut pelbagai perspektif, dan metodologi sains; teknologi dari sudut konsep, perbezaan antara sains dan teknologi, dan sejarah perkembangan. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi, sistem nilai, anjakan paradigma, serta etika sains dan teknologi dalam kehidupan bermasyarakat berteraskan Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara.
Al-Qur’an dan Ketamadunan Manusia
About Course
Kursus ini direkabentuk bagi membina kemahiran kesarjanaan, kemahiran berfikir bagi melahirkan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan dan berfikir diukur menerusi ujian, peperiksaan dan projek tugasan secara berkumpulan berkaitan Pengenalan al-Quran; al-Quran sebagai sumber ketamadunan dari perspektif politik, ekonomi dan sosial. Kemahiran warga global dicapai menerusi perbincangan terhadap kemajuan pelbagai bidang ketamadunan para nabi serta umat terdahulu serta kajian kes terhadap kisah perbandingan budaya falah dan budaya fasad yang terdapat dalam al-Quran. Pelajar berpeluang menyampaikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari kepada rakan kelas melalui pembentangan dan soal jawab yang dijalankan.
Institusi Kehidupan dan Pembangunan Lestariif
About Course
Kursus ini digubal untuk mendedahkan pelajar berkaitan pembinaan institusi kehidupan yang diasaskan kepada pembangunan lestari. Skop perbincangan adalah merangkumi pelbagai aspek dan sistem dalam kehidupan manusia. Ia adalah mencakupi institusi keluarga yang bahagia, institusi sosial yang harmoni, institusi pendidikan berterusan dan berkesan, institusi ekonomi yang mapan, institusi perundangan yang adil, institusi politik yang berwibawa serta pelaksanaan pembangunan yang lestari. Perbincangan berkisar perkara-perkara dasar akan membina paradigma yang mampu menyelesai isu-isu semasa yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Kajian Masa Hadapan
About Course
Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan jangkaan para pemikir barat dan timur tentang apa yang akan berlaku terutama dalam aspek ketamadunan dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi, perkembangan ilmu, penerusan dan perubahan paradigma pemikiran di Barat dan Timur meliputi zaman klasik hingga pasca moden. Seterusnya, kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan tanda-tanda pengakhiran alam dan jangkaan kemusnahannya yang ditanggapi oleh Quran dan hadis sebagai bahan perbandingan, serta penyelesaian berkaitan kajian masa hadapan.
Undang-undang Keluarga
About Course
Kursus ini menerangkan asas, ciri, dan skop undang-undang keluarga Islam dan sivil di Malaysia. Kursus ini juga menjelaskan konsep dalam undang-undang keluarga mengenai perkahwinan, perceraian, kesahtarafan, anak angkat, penjagaan anak, tanggungan nafkah, serta pembahagian harta, pewarisan, isu pertukaran agama ibu bapa dan isu pembahagian harta pusaka. Pembelajaran ini dilaksanakan dengan kaedah kuliah, perbincangan, pembentangan tugasan, carian kes yang berkaitan dan pembentangan laporan kes-kes tertentu. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mengetahui beberapa perbezaan yang wujud antara undang-undang keluarga Islam dan sivil serta pelaksanaannya di Malaysia. Akhir sekali, kursus ini menjelaskan aplikasi undang-undang yang relevan untuk menyelesaikan permasalahan undang-undang keluarga di Malaysia.
Sains Dunia
About Course
Kursus ini direkabentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir, dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan sains dunia dalam konteks pemikiran dan pencapaian dalam pelbagai bidang. Pelajar dibimbing supaya memiliki daya pemikiran dalam menanggapi pelbagai bidang meliputi pertanian, perbandaran, tekstil, pengukuran piawai, sistem pengangkutan, hak asasi manusia, syura dan demokrasi, inovasi, matematik, biologi, fizik, kimia, perubatan, astronomi, kejuruteraan, kesusasteraan, dan kesenian. Seterusnya, kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan kesinambungan dan sinergi antara sains dunia sejak tamadun awal hingga masa kini.
Ekonomi Lestari
About Course
Kursus ini direkabentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan, dan kebolehsuaian. Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran berfikir berkenaan sistem ekonomi diukur menerusi ujian dan tugasan. Manakala kemahiran kesarjanaan berkenaan konsep dan sistem ekonomi Islam dan perbezaannya dengan sistem ekonomi konvensional diukur menerusi ujian dan pembentangan. Akhirnya, kebolehsuaian berkenaan Mengemukakan kelestarian institusi-institusi ekonomi Islam dalam konteks kehidupan masyarakat moden diukur menerusi tugasan dan pembentangan.
Amalan dan Konsep Pengurusan Halal
About Course
Kursus ini direka bentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan konsep asas halal, prinsip-prinsip halal dan haram dalam Islam, aplikasi halal dalam industri, prospek keusahawanan dalam industri halal, undang-undang, pemantauan dan penguatkuasaan halal serta persijilan halal Malaysia. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan isu-isu semasa dalam industri halal merangkumi makanan dan minuman, restoran dan premis makanan, penyembelihan, logistik, farmasi dan kosmetik bagi memberi kefahaman dan mengaplikasi atribut untuk kemahiran graduan UTM.
Falsafah Kesenian Islam
About Course
Kursus ini membincangkan falsafah, konsep, prinsip dan matlamat kesenian, analisa sejarah dan perkembangan kesenian Islam. Turut dibincangkan perbezaan falsafah kesenian Islam dan Barat, kesenian Islam di alam Melayu dan kesenian Islam kontemporari. Aspek-aspek kesenian Islam meliputi seni bina, seni suara dan seni halus juga disentuh. Dibincangkan juga tokoh-tokoh kesenian Islam, peranan serta sumbangan kesenian Islam kepada tamadun dunia disamping aplikasi kesenian dalam kehidupan muslim.
Islam dan Kesihatan
About Course
Kursus ini direka bentuk bagi membina kesarjanaan, kemahiran berfikir dan warga global. Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran kesarjanaan diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir berkaitan konsep kesihatan; manusia dan kesihatan, sihat dan sakit aspek rohani dan jasmani; Tema dan metode umum dalam proses memelihara kesihatan, pencegahan dan rawatan. Seterusnya kemahiran berfikir dan warga global pula diukur menerusi tugasan berkumpulan dan pembentangan berkaitan klasifikasi penyakit, prinsip-prinsip umum dalam rawatan dan pengubatan; aplikasi amalan kesihatan dan rawatan; terapi penjagaan kesihatan, aturan pemakanan, rawatan penyakit, pengambilan ubatan, bukti saintifik berkaitan penyakit dan rawatan; bio psiko sosio dan spiritual sebagai satu pendekatan rawatan penyakit.
Keusahawanan Islam
About Course
Kursus ini direka bentuk bagi membina kemahiran berfikir, kesarjanaan, berdaya usaha, dan kebolehsuaian. Kesemua kemahiran dibina menerusi tugasan yang ditetapkan. Kemahiran berfikir berkenaan konsep keusahawanan Islam dan paradigma keusahawanan menurut perspektif Islam diukur menerusi ujian. Manakala kemahiran kesarjanaan berkenaan nilai, sikap dan motivasi keusahawanan diukur menerusi ujian dan pembentangan. Seterusnya kemahiran berdaya usaha berkenaan konsep asas dalam perniagaan Islam dan kontrak perniagaan diukur menerusi ujian, tugasan, pembentangan, dan projek secara berkumpulan. Akhirnya, kebolehsuaian berkenaan penyelesaian alternatif kepada isu-isu semasa dalam dunia keusahawanan diukur menerusi tugasan, projek dan pembentangan.
Dinamika Malaysia
About Course
School of Undergraduate Studies ©2024