ACADEMIC & PROFESIONAL
innovation & community
About Course
Kursus ini memberikan tumpuan kepada merangsang pemikiran kreatif dan inovatif individu dan pasukan mahasiswa. Kursus ini menggalakkan ciptaan dan inovasi yang merangkumi konsep, dan amalan yang berpusat kepada pemikiran teknologi.
Media Digital dan Komuniti
About Course
Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan dengan asas media digital dan teknologi serta cara menggunakan perisian tertentu untuk membangunkan pelantar sumber informasi dalam bentuk digital yang berguna terhadap komuniti.
Simenfero
About Course
Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai prinsip-prinsip asas membuat perhiasan simen (simenfero). Selain itu, mahasiswa mendapat pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam berinteraksi, berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan terhadap diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling sewaktu melakukan kerja berkumpulan.
Khidmat jaringan & Geokominiti
About Course
Kursus ini merupakan satu program khidmat perundingan oleh mahasiswa kepada komuniti untuk membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan Geo-komuniti (berkaitan dengan maklumat tanah yang merangkumi perihal tanah) di sesuatu kawasan.
Keselamatan Elektrik
About Course
Kursus ini menggalakkan perkongsian kemahiran, pengetahuan atau pengalaman antara mahasiswa dengan masyarakat khusus mengenai topik keselamatan elektrik setiap hari.
Jangkauan Pemikiran Awal Melalui Mekatronik
About Course
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi mekatronik dan robotik kepada pelajar-pelajar sekolah/matrikulasi melalui kerja amali dan aktiviti pertandingan. Kursus ini juga bertujuan untuk memudahkan perkongsian ilmu antara mahasiswa dengan pelajar sekolah dan pemindahan teknologi antara mereka.
Perkhidmatan ICT untuk Komuniti
About Course
Kursus ini memberikan pendedahan tentang pengetahuan ICT dari aspek teori dan teknikal yang akan membantu memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam menguasai ilmu ICT.
Kraf Kayu
About Course
Kursus ini memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran tentang asas-asas berhubung kraf kayu. Pelajar adalah diharapkan dapat menggabungkan penghasilan produk gunaan dengan menggarapkan inovasi dan menggabungkan elemen-elemen ukiran tradisi maupun moden. Pelajar adalah diharapkan dapat membangunkan kemahiran kesarjanaan, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan warga global. Kursus ini juga menerapkan “experiental learning” melalui program pembelajaran servis.
Sains dan Komuniti
About Course
Kursus “Sains dan Komuniti” merupakan satu platform kepada pelajar untuk menyumbang khidmat bakti kepada komuniti dengan mengaplikasi ilmu sains yang dipelajari dalam memenuhi keperluan semasa sesebuah komuniti. Berdasarkan kepada kajian kepada keperluan atau isu semasa di sesebuah komuniti yang dipilih, pelajar akan mengaplikasikan elemen sains bersama komuniti tersebut dalam memenuhi keperluan untuk menyelesaikan isu semasa tersebut. Bergantung kepada keupayaan tenaga dan pemikiran kritis dan inovatif pelajar, keberhasilan boleh ditunjukkan dalam bentuk penyampaian ilmu yang boleh dipraktikan atau dalam bentuk sumbangan teknologi sains yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti tersebut. Di akhir sesi, pembangunan kendiri pelajar diharapkan akan dapat dibentuk dalam melahirkan graduan UTM yang holistik dan berguna kepada masyarakat, agama dan negara.
Kemahiran Pertanian
About Course
Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Pembelajaran sepanjang hayat diukur melalui pertambahan pengetahuan tentang kemahiran asas dalam pertanian (Teori) dan memberi pengalaman kepada mereka dalam pembiakan tanaman, pengurusan tapak semaian dan penyelenggaraan tanaman sayuran di atas tanah (Amali/Teknikal). Pelajar juga akan didedahkan kepada proses tanaman secara hidroponik dan fertigasi disamping teknologi pertanian moden yang lain. Selain daripada itu kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dalam aspek kerjasama dan juga pendedahan kepada kefahaman keusahawanan dalam bidang pertanian. Melalui kaedah pembelajaran servis pula, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan asas pertanian mereka dalam usaha membantu komuniti setempat disamping mempelajari kemahiran bermasyarakat serta menerapkan etika dan profesionalisme sepanjang pelaksanaan program tersebut. Disamping itu juga, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan menjayakan program tersebut.
Literasi STEM
About Course
Kursus Literasi STEM (Sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik) akan mendedahkan pelajar kepada disiplin STEM, merangka aktiviti STEM dan menjalankan aktiviti STEM untuk mencetuskan semula minat terhadap sains dan matematik dalam masyarakat. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahakan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan STEM untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan STEM dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.
Teknologi Hortikultur Hiasan
About Course
Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan,kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan yang ditetapkan di dalam kursus ini. Pembelajaran sepanjang hayat akan diukur melalui pengembangan ilmu berkenaan teknologi hortikultur hiasan dari aspek teori khususnya berkenaan pengenalan dan perkembangan pertanian serta landskap di Malaysia. Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan juga diukur melalui projek teknikal berkenaan amali pembiakan dan pengurusan tanaman secara berkumpulan. Akhir sekali, kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Projek dalam pembelajaran servis ini bukan sahaja akan membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan, malahan menerapkan kemahiran adaptability, etika dan profesionalisme semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar lain dan komuniti.
Kraft Tangan
About Course
Kursus ini memberi pendedahan tentang kemahiran seni kraftangan tekstil (Batik) dari aspek teori (Pengenalan dan Perkembangan Batik di Malaysia) dan teknikal (Amali Pembuatan Batik Canting). Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan. Kemahiran seni kraftangan tekstil batik dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda kreatif pelajar. Pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk merekacipta sesuatu rekaan seni, mengaplikasi rekaan dan menghasilkan produk seni melalui idea yang kreatif. Kursus ini boleh diterapkan bersama elemen libatsama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan seni kraftangan untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan seni kraftangan dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi.
Khidmat Katering
About Course
Kursus ini bertujuan memberi kemahiran asas kepada pelajar dalam bidang operasi katering. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek penyediaan makanan, etika meja (table etiquette), dan juga perkhidmatan katering. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan menggilap potensi pelajar secara holistik menerusi kerja berkumpulan, kemahiran kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan menerusi jaringan kerjasama dengan bebagai pihak dalam perkhidmatan katering untuk diaplikasi dalam pembangunan komuniti.
Reka Cipta Fesyen
About Course
Kursus ini memberikan pengetahuan asas kepada para mahasiswa tentang fungsi pakaian, faktor mempengaruhi pemilihan pakaian. Kerjaya dalam bidang jahitan dan industri pakaian turut diberi pendedahan awal. Kursus ini juga diharapkan dapat memberi gambaran tentang bidang jahitan sebagai suatu kerjaya sambilan atau sepenuh masa yang mendatangkan keuntungan di samping memupuk minat dalam bidang tersebut dan sikap sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan fesyen untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan fesyen dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukkan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.
Perkhidmatan Fotokreatif
About Course
Kursus ini memberi pendedahan tentang kemahiran fotografi dari aspek teori dan teknikal. Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara praktikal melalui latihan yang ditetapkan. Kemahiran fotografi dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda pelajar. Kursus ini diterapkan elemen libat sama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahakan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, kursus atau lain-lain berkaitan fotografi untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikan pengetahuan fotografi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengamalan secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.
Inovasi Bioproses
About Course
Bioproses merupakan proses menggunakan oragnisma hidup atau komponennya seperti enzim, sel atau tisu bagi memperoleh produk yang dikehendaki. Kursus ini memperkenalkan dan memberi penekanan beberapa bioproses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Pemahaman tentang prinsip setiap bioproses adalah penting bagi meningkatkan kualiti proses serta mengoptimumkan penggunaan sumber dan tenaga.
Kursus ini membolehkan pelajar mempelajari bidang yang berkaitan dengan aplikasi dalam bioproses setelah tamat pengajian, atau sekurang-kurangnya bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat.
Kursus ini menekankan kepentingan projek berkumpulan dan perbincangan bagi membudayakan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Semagat ini dipercayai mampu menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan, bagi menganalisis data secara kritis dan menyampaikan maklumat secara berkesan bagi penambaikan dan/ atau penyelesaian masalah.
Astronomi
About Course
Kursus ini memberi pendedahan tentang kepentingan astronomi dalam kehidupan dari aspek teori (Pengenalan dan Perkembangan Astronomi di Malaysia) dan teknikal (Amali Pengendalian Teleskop, Penandaan Arah dan Jam Matahari). Asas ilmu astronomi ini akan dipelajari oleh pelajar menerusi perbincangan dan latihan praktikal latihan yang ditetapkan. Kemahiran pengendalian teleskop dan jam matahari dapat membina kemahiran untuk fokus dan ketepatan secara fizikal dan memberi kesan kepada pembangunan minda kreatif pelajar. Pelajar juga dapat mempelajari bagaimana untuk melakukan cerapan matahari, bintang dan planet. Kursus ini boleh diterapkan bersama elemen libatsama komuniti (University Community Engagement (UCE)) melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti seperti klinik, seminar atau lain-lain berkaitan astronomi dalam kehidupan untuk berkongsi pengetahuan bersama komuniti disamping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan astronomi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan program. Pelajar dijangka dapat memperolehi pengalaman secara praktikal berkaitan aktiviti tersebut dengan membimbing komuniti setempat.
Debat & Pidato
Tenaga kerja digital
About Course
Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran keusahawanan dengan melakukan kerja digital melalui kaedah crowdsourcing. Kursus ini membina kemahiran bekerja digital secara berkumpulan dan kepimpinan, kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan yang ditetapkan di dalam kursus ini. Pembelajaran sepanjang hayat akan diukur melalui pengembangan ilmu berkenaan kaedah crowdsourcing dari aspek teori khususnya berkenaan kaedah pendapatan secara digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran kepimpinan juga diukur melalui projek kajian tinjauan dan outreach berkenaan amali pendapatan kerja secara digital melalui platform online kepada masyarakat. Akhir sekali, kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Projek dalam pembelajaran servis ini bukan sahaja akan membina kemahiran kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan, malahan menerapkan kemahiran keusahawanan, adaptability, etika dan profesionalisme semasa menjalankan aktiviti bersama pelajar lain dan komuniti.
Kewartawanan Video
About Course
Kursus ini memberi tumpuan kepada teori dan amalan penghasilan kewartawanan video. Matlamat utama kursus ini adalah untuk menjadi asas kepada penerokaan seterusnya dalam karya seni video digital dan penceritaan bagi kewartawanan video. Ini termasuk merancang, membuat penggambaran, menyunting dan memuat naik cerita video untuk halaman web menggunakan kamera dan telefon dan bagaimana menggabungkan audio dan video komponenvisual bagi menyampaikan sesebuah cerita. Ia memberi penekanan kepada penceritaan digital. Kewartawanan video boleh digunakan secara berkesan untuk menarik perhatian penonton ke dalam cerita anda dan menarik perhatian mereka dengan cepat dan cekap dengan teknik video yang profesional. Pelajar juga diharapkan dapat mempelajari istilah penghasilan video dan sinematografi serta menggunakan istilah ini dengan cekap. Pelajar juga akan dibimbing menerusi proses pra penerbitan seperti menulis skrip dan papan cerita serta pasca penerbitan untuk menyusun kerja mereja menjadi produk kewartawanan video akhir.
Media Sosial dan Penjenamaan
About Course
Kursus memberi perhatian terhadap teori dan amalan dalam media sosial dan penjenamaa. Matlamat utama kursus ini adalah untuk menjadi asas kepada penerokaan seterusnya dalam media sosial dan penjenamaan. Pelajar akan mempelajari bagaimana menguruskan jenama mereka sama ada jenama sendiri atau jenama perniagaan di media sosial dan bagaimana menghasilkan strategi media sosial. Pelajar akan mempelajari pelbagai kerangka teori ke arah strategi media sosial yang optimum dalam industri tertentu menerusi perbincangan dan kajian kes. Tajuk utama kursus ini termasuklah kepentingan strategi penjenamaan dan pengiklanan media sosiak, manafaat mendengar pengguna media sosial sebagai platform hubungan pengguna baharu dan menyelaraskan objektif dan matlamat institusi.
Teknologi Drone
About Course
Seiring dengan perkembangan revolusi industri 4.0 dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh negara kita, maka kursus ini bertujuan untuk mempersiapkan para mahasiswa UTM dengan pemahaman dan kemahiran berkaitan dron. Pelajar akan didedahkan secara teknikal kepada teknologi dron dan penggunaannya dalam membantu menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Kursus ini secara khususnya adalah untuk membina kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan, kemahiran adaptability, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran beretika. Kesemua kemahiran ini akan dibina melalui tugasan dan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di dalam kursus ini.
Kemahiran bekerja secara berkumpulan, kepimpinan dan kesarjanaan diukur melalui projek hands-on dalam pembinaan dan pengaturcaraan dron di mana pelajar perlu memasang dan membina sebuah dron yang dapat berfungsi dengan baik. Kursus ini juga menerapkan experiental learning melalui program pembelajaran servis. Pelajar akan memindahkan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan. Semua ini akan dilakukan dengan mengikuti peraturan dan etika professional yang perlu diamalkan ketika mengendalikan pembelajaran servis dan dron bagi memastikan aspek keselamatan terjaga.
School of Undergraduate Studies ©2024