📯 PERHATIAN !!!!

✅ Anda pelajar Ijazah Sarjana Muda ?!
✅ Anda pelajar Kumpulan B40 ?!
✅ Anda belum pernah lagi memohon bantuan ini ?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Universiti Teknologi Malaysia mengambil maklum dan amat prihatin akan kekangan kewangan pelajar terutama pelajar di kalangan keluarga berpendapatan RM4000 ke bawah (B40) bagi meneruskan proses pembelajaran secara dalam talian. Oleh yang demikian, Universiti Teknologi Malaysia ingin menyalurkan bantuan pelan internet kepada pelajar B40 secara percuma selama 2 bulan untuk pelaksanaan pembelajaran dan penilaian dalam talian. Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar pelajar yang layak iaitu:

1) Pelajar adalah pelajar WARGANEGARA MALAYSIA, peringkat SARJANA MUDA SEPENUH MASA dan berstatus AKTIF pada Semester II Sesi 2019/2020.

2) Pelajar adalah di kalangan golongan B40 iaitu pendapatan ibu dan bapa/penjaga adalah RM4000 dan ke bawah.

3) Pelajar mengemukaan BUKTI pendapatan ibu dan bapa/penjaga dibawah RM4000 iaitu:
a) Slip pendapatan bapa dan ibu ATAU
b) Salinan surat pengesahan Penerima BSH ATAU
c) Salinan Surat Bayaran LHDN

4) Sekiranya pelajar tidak mempunyai sebarang dokumen diatas, pelajar boleh juga mendapatkan pengesahan dari Penasihat Akademik/ Tok Sidang/Tok Empat/Ketua Kampung/Penghulu atau mana mana pegawai kerajaan kelas A menggunakan template surat seperti berikut:

https://drive.google.com/file/d/1nzcHmZxRDiyB1dU8VOcy0TziOTwn1vIa/view?usp=sharing

Permohonan DIBUKA LAGI untuk Fasa Ketiga dibuka sehingga 24 Jun 2020 dan boleh dibuat melalui google form:

https://bit.ly/bantuaninternet

🚫 Sebarang pertanyaan balas ke nombor ini tidak akan dilayan.

ℹ️ Segala pertanyaan sila hubungi:
En Mohd Fauzi Abd Rahman :
📲 0197798005 atau 📧 utmileague@ileague.utm.my