CITRA KARISMA 2025

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa kepada semua staf akademik bagi pencalonan Penasihat Akademik Terbaik 2024. Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang sepanjang tahun 2024. Anugerah ini akan disampaikan bersempena majlis Citra Karisma Universiti 2025.

NILAI ANUGERAH

Penerima anugerah akan menerima:

  • Wang tunai berjumlah RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)
  • Trofi
  • Sijil

BORANG PENCALONAN

Tekan untuk muat turun borang   ↓

SYARAT PERMOHONAN

  • Pencalonan adalah terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik pelajar PRASISWAZAH sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohot pelajar secara lengkap (dari awal kemasukan sehingga pelajar bergraduan)
  • Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan.
  • Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 testimoni pelajar (rasmi atau tidak rasmi) di bawah penasihatan akademik ATAU surat sokongan daripada Ketua Jabatan/ Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan contoh terbaik perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha penambahbaikan dalam memberi penasihatan.

    KRITERIA PEMILIHAN

    Panel Pemilih Anugerah Penasihat Akademik akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang meliputi komponen berikut:

    1. Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan Akademik serta Kerjaya:

    • Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
    • Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian pelajar
    • Pemantauan terhadap perkembangan pelajar terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
    • Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
    • Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri pelajar
    • Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
    • Kemahiran menggunakan Sistem Penasihatan Akademik dalam Portal UTM

    2. Sokongan

    • Pemantauan perkembangan pembangunan diri pelajar
    • Sikap sering membantu dan endah terhadap pelajar
    • Kemahiran interpersonal yang berkesan
    • Tahu merujuk pelajar kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
    • Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar

    3. Hubungan dengan Pelajar

      • Mengenali latar belakang pelajar melalui pelbagai sumber/sistem
      • Mudah dihubungi pelajar
      • Kepelbagaian dalam kaedah berkomunikasi dengan pelajar
      • Mesra serta responsif terhadap pelajar
      • Cepat bertindak menyelesaikan masalah berkaitan pelajar

    MAKLUMAT LANJUT

    Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS),
    Bangunan L52, Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Johor Bahru, JOHOR

    atau hubungi

    Pn. Hazila Rahmat (0127133137)