السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera,
Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, UTM iLeaGue telah menyelaras bantuan data internet B40 kepada pelajar – pelajar Sarjana Muda B40 UTM yang terjejas COVID-19.
Sehubungan dengan itu, Pihak Universiti ingin mendapat maklum balas dari semua pelajar yang telah menerima Bantuan Data Internet B40 untuk tujuan PnP saudara semasa COVID-19 ini. Saudara dengan segala sukacitanya diminta untuk menjawab Kajian Kepuasan Pelanggan Bantuan Data Internet B40 sepertimana di Gooogle Form berikut
https://forms.gle/RfqYfu487pCg9bp48
Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik lagi perkhidmatan Bantuan Data Internet B40 ini untuk masa-masa akan datang.
Kerjasama saudara didahului dengan ucapan terima kasih.
UTM iLeaGue