U5. Kluster Kemahiran Bahasa

Academic English Skills

 

About Course

Kursus ini mendedahkan pelajar dengan kemahiran akademik asas melalui pendekatan membaca-kepada-menulis. Ia memfokuskan kepada pembangunan keupayaan pelajar untuk membaca teks dan membina kemahiran reseptif dan kemahiran produktif melalui aktiviti berpusatkan pelajar. Ini merangkumi membaca teks akademik, membuat nota, dan menulis secara jelas dan koheren, dan mengambil bahagian dalam perbincangan. Aktiviti pengayaan tatabahasa juga diganungkan ke dalam semua kemahiran. Di akhir kursus, pelajar akan dapt mengaplikasi kemahiran yang diperoleh dalam aktiviti akademik.

Advanced Academic English Skills

 

About Course

Kursus ini memperkukuhkan dan meningkatkan kesemua empat kemahiran bahasa utama bagi membantu penggunaan bahasa pelajar dalam konteks akademik. Ini merangkumi membaca dan mensintesis maklumat, mendengar idea dan isi penting (cth. kuliah), mengambil nota, menulis secara jelas dan koheren, dan melibatkan diri dalam pembentangan lisan dan perbincangan kelas. Kursus ini menggabungkan ciri-ciri perbendaharaan kata dan tatabahasa bahasa Inggeris akademik. Di samping itu, kursus ini menggalakkan akktiviti pembelajaran bebas yang dibantu dengan sumber atas talian. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya mengintegrasikan kemahiran dan pengetahuan bagi melaksanakan tugasan dalam konteks akademik.

English for Professional Purposes

 

About Course

Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran komunikasi berkesan yang diperlukan bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam situasi sebenar tempat kerja. Di awal kursus, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan pembudayaan bagi mengenal pasti potensi dan jangkaan mereka terhadap persekitaran tempat kerja pada masa hadapan. Melalui pembelajaran aktif, ia menekankan kepada kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang diamalkan di persekitaran tempat kerja. Menggunakan senario tempat kerja yang autentik, pelajar akan diberikan peluang untuk berunding dan membentangkan maklumat melalui perbincangan dan pembentangan berkumpulan. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya berfungsi sebagai individu dan ahli kumpulan menggunakan kemahiran komunikasi yang sesuai di tempat kerja.

Bahasa Arab

 

About Course

Kursus ini direkabentuk bagi membina pengetahuan, pengaplikasian, serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan yang dibina menerusi aktiviti pembelajaran dan tugasan yang ditetapkan bagi mencapai hasil pembelajaran kursus merangkumi kebolehan mengenalpasti beberapa istilah nahu dan sarf Arab serta fungsinya Arab, menganalisis struktur ayat dan penggunaan perkataan Arab melalui kaedah yang betul, dan seterusnya mengaplikasikan pengolahan bentuk al-ism dan al-fi‘l dalam kepelbagaian makna bagi setiap pola yang diukur menerusi ujian dan peperiksaan akhir. Manakala kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan diukur menerusi penyediaan tugasan dan pembentangan berkaitan nahu yang terdiri daripada; Marfu‘at al-Asma’ yang merangkumi al-Mubtada’, al-Khabar, Ism Kana wa Akhawatuha, Khabar Inna wa Akhawatuha, al-Fa‘il, Na’ib al-Fa‘il dan al-Tawabi‘Mansubat al-Asma’meliputi Khabar Kana wa AkhawatuhaIsm Inna wa Akhawatuhaal-Maf‘ul bihal-Maf‘ul al-Mutlaqal-Maf‘ul li Ajlihal-Maf‘ul Fihal-Maf‘ul Ma‘ahal-Halal-Mustathna’, al-Munada, dan al-TamyizMajrurat al-Asma’ meliputi Harf Jarr, al-Idafah, dan al-Tawabi‘. Manakala kemahiran dalam ilmu Sarf merangkumi tajuk al-Mizan al-Sarfiyy; pembahagian ism kepada al-Ism al-Sahih, al-Ism ghair al- Sahih al-Akhir; al-Nakirah dan al-Ma‘rifah; al-Jamid wa al-Mutasarrif; Mufrad, Muthanna, dan Jama‘; pembahagian al-Fi‘l kepada: al-Sahih wa al-Mu‘tallal-Fi‘l al-Lazim wa al-Fi‘l al- Muta‘addial-Fi‘l al-Mujarrad wa al-Mazidal-Fi’l al-Madi, al-Mudari‘ dan al-Amral-Fi‘l al-Mabni li al-Ma‘lum wa al-Mabni li al-Majhul; kaedah penulisan al-Hamzah, al-I‘lal dan al-Ibdal, al-Tasghir, dan al-Nasb.

Bahasa jepun 1

 

About Course

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas Bahasa Jepun. Elemen asas tatabahasa akan digabungkan dalam kursus ini dan dipersembahkan menggunakan formula Y3K yang terdiri daripada Yomi (Membaca), Kaki (Menulis), Hiragana, Kiku (Mendengar) dan Kaiwa (bertutur). Pelajar akan dilengkapkan dengan isi kandungan yang menyediakan pelajar ke arah JLPT N5. Di akhir kursus, pelajar akan berupaya membaca dan menulis Hiragama dan menggunakan Bahasa Jepun untuk perbualan mudah setiap hari. Kursus ini merupakan prasyarat kepada Bahasa Jepun II.

Bahasa Mandarin I

 

About Course

Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan kemahiran asas bahasa Mandarin iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan bantuan pinyin. Pelajar akan berupaya menyebut perkataan dalam Madarin dengan nada yang betul. Di samping itu, pelajar juga akan didedahkan menulis aksara mudah bahasa Mandarin dan bertutur bahasa Mandarin asas.

Bahasa Perancis

 

About Course

Kursus ini memperkenalkan kemahiran asas membaca dan memahami, bertutur, mendengar dan menulis dalam bahasa Perancis dengan perbendaharaan kata asas. Pelajar akan berlatih sebutan dan intonasi bahasa Perancis dengan betul. Beberapa aspek negara Perancis, seperti budaya dan tradisi juga akan diperkenalkan. Pelajar harus berupaya membaca dan menulis teks mudah dalam bahasa Perancis dan melibatkan diri dalam perbualan mudah berkaitan topik umum. Elemen budaya akan digabungkan dalam setiap pengajaran.

Bahasa Parsi

 

About Course

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada bahasa Parsi, ejaan dan perkataan, asas perbendaharaan kata, membaca cerita pendek dan teks separa akademik, membangunkan frasa dan ayat mudah melalui latihan penulisan dan pembacaan.

Bahasa Jepun Komunikasi I

 

About Course

Kursus ini direkabentuk untuk memperkenalkan asas Bahasa Jepun menerusi empat kemahiran bahasa iaitu perbualan, menulis, membaca dan mendengar. Pelajar akan memperoleh Hiragana dan Katakana. Asas tatabahasa Bahasa Jepun akan diperkenalkan melalui latihan komunikasi lisan yang intensif. Di akhir kursus, pelajar seharusnya berupaya untuk membaca dan menulis karakter Kana dan terlibat dalam perbualan mudah.

SCHOOL OF UNDERGRADUATE STUDIES ©2024