BADAN BERUNIFORM

Pertolongan Cemas

 

About Course

Kursus ini melatih dan memberikan pengetahuan dalam melakukan pertolongan cemas dengan cara yang betul apabila berlaku sesuatu kejadian di samping mengenal pasti punca kejadian untuk menyelamatkan nyawa.

Kelana Siswa

 

About Course

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai latihan kepimpinan, undang-undang dan persetiaan pengakap, sistem berpatrol, istiadat pengakap, ikatan dan simpulan serta kertas projek perintis pengakap, perkhemahan dan pembelajaran servis seperti yang telah ditetapkan dalam Skim Latihan Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pertahanan Awam (KK)

 

About Course

Kursus ini mendedahkan pelajaran Pertahanan Awam yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.

Pertahanan Awam II (KD)

 

About Course

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada ilmu Pertahanan Awam peringkat kemahiran yang meliputi menyelamat, pertolongan cemas dan melawan kebakaran. Skop menyelamat meliputi penggunaan peralatan ascending and descending (A&D ), Kegunaan Power Cutter dan Alat Hidraulik. Skop melawan kebakaran termasuk pengenalan peralatan kebombaan dan Peralatan Kebombaan (Hydran & Pam Mudah Alih). Manakala skop pertolongan cemas termasuk pengenalan kepada peralatan dan penggunaan peralatan dalam ambulan dan Peralatan Basic Trauma & Life Support (BTLS).

Pertahanan Awam III (KD)

 

About Course

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada ilmu Pertahanan Awam peringkat kemahiran lanjutan. Ini merangkumi mengenai khidmat kecemasan 999 APM, kaedah pengurusan pasukan, pengenalan pengurusan bencana-MKN 20, etiket dan protokol kecemasan, pengucapan awam dan Pelan Integriti Nasional (PIN).

PALAPES Darat I (KD)

 

PALAPES Darat II (KD)

 

PALAPES Darat III (KK)

 

About Course

Kursus ini lebih menekankan kepada prinsip kepimpinan pentadbiran, perancangan dan pelaksanaan latihan berkumpulan. Mahasiswa akan dilatih menjadi seorang ketua, memimpin kumpulannya dalam segala urusan latihan, pentadbiran dan sosial. Selain itu, mahasiswa juga akan di beri latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan.

PALAPES Darat IV (KD)

 

PALAPES Darat V (KD)

 

PALAPES Laut I (KD)

 

Palapes laut II (KD)

 

Palapes laut III

 

About Course

Kursus ini akan memberikan latihan asas ketenteraan, kemahiran dan pengetahuan ilmu ketenteraan untuk pelajar diserap di bawah Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) apabila tauliah nanti. Pelajar akan didedahkan latihan ketenteraan yang mementingkan elemen disiplin serta kecekalan. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari ilmu kelautan yang dipraktikan oleh kapal-kapal TLDM, disamping teknik berenang dan junaman serta aspek di dalam air akan diberi latihan yang secukupnya.

Palapes laut iv

 

PALAPES LAUT V

 

SUKSIS I (KD)

 

SUKSIS II (KD)

 

About Course

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ko-kurikulum ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri, etika dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik.

SUKSIS III (KK) 

 

About Course

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ko-kurikulum ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik. Kursus ini juga turut diterapkan bersama elemen libatsama komuniti melalui kaedah pembelajaran servis. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan proses pembelajaran servis dan integrasi. Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dan berkongsi pengetahuan yang diperolehi bersama komuniti di samping lain-lain aktiviti interaksi bersama komuniti. Oleh itu, pelajar boleh mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dan kemahiran bermasyarakat serta menunjukan kebolehan bekerja secara berkumpulan dan komunikasi dengan baik dalam melaksanakan komuniti program.

SUKSIS IV (KD)

 

About Course

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan kepimpinan, undang-undang, latihan kawad kaki dan senjata, asas kemahiran senjata api, latihan jasmani, latihan renang dan asas ikhtiar hidup. Asas kemahiran ko-kurikulum ini akan dipelajari oleh pelajar secara teori dan praktikal melalui latihan yang telah ditetapkan berdasarkan perintah tetap Ketua Polis Negara. Kemahiran ini dapat membina kemahiran kepimpinan, jati diri, etika dan disiplin di dalam diri pelajar yang seterusnya melahirkan graduan yang holistik.

SUKSIS V (KD)

 

SCHOOL OF UNDERGRADUATE STUDIES ©2024