WORK-BASED LEARNING (WBL)
Pengenalan WBL
Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work-based Learning (WBL) bukan suatu program yang asing di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). WBL pada dasarnya telah diserap dalam program-program di UTM seperti program dua tahun di universiti dan dua tahun di industri (2u2i), latihan industri dan lain-lain.
Ianya selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC) yang menggalakkan program-program baru yang dapat meningkatkan kemahiran bekerja dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar.
Konsep WBL menekankan pembelajaran terarah kendiri yang mana pelajar perlu berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan pengetahuan serta kemahiran di samping membina nilai dan sikap yang bersesuaian dengan keperluan industri.
Buku Panduan WBL
Sekolah Pengajian Prasiswazah,
Universiti Teknologi Malaysia,
Bangunan L52, 81310, Johor Bahru, Johor
☎ Tel : +607-5532287

Sekolah Pengajian Prasiswazah, Kampus UTM KL
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra ,54100, Kuala Lumpur
☎ +603-26154740